Friday, 30 November 2012

Contoh Rancangan Mengajar Konstruktivisme

Contoh Rancangan Mengajar Konstruktivisme Sains Tahun 3 Magnet

Mata pelajaran: Sains

Kelas: Tahun 3A

Tarikh: 22 Mac 2012

Masa: 8.15 pagi – 9.15 pagi (60 minit)

Bilangan murid: 18 orang

Bidang pelajaran: Magnet

Objektif pembelajaran: Magnet perlu dikendali dan disimpan dengan baik untuk mengekalkan
                                      kekuatannya.

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A         Menguasai isi kandungan
            a)cara menyimpan magnet yang betul dengan menggunakan besi penyimpan                                               
               magnet pada penghujung magnet,
b)magnet akan menghilang kuasa dan menjadi lemah apabila jatuh, diketuk
dan dipanaskan dengan api.

B         Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
      a. mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk
   menentukan kesan magnet apabila jatuh, diketuk dan dipanaskan dengan api. .

C         Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
      a. melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan
      prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan
      b. menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa
      menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Magnet akan
a..hilang kuasa dan menjadi lemah apabila jatuh, diketuk dan dipanaskan dengan api.
b.perlu disimpan dengan penyimpan magnet agar kuasanya dapat dikekalkan..

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
 magnet , kutul besi, pemetik api
  
Langkah berjaga-jaga:
Elakkan kecederaan apabila mengetuk dan memanaskan magnet.

Pengetahuan sedia ada:
Murid. pernah belajar mengenai bentuk, jenis serta kuasa menarik dan  menolak magnet.

Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Magnet boleh menarik dan menolak sesama apabila diletakkan berhampiran.

Buat kaitan dengan
pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal Cungkil idea murid dengan menjatuhkan satu magnet ke atas meja.

Murid memberi
respon(terkejut)
Strategi/
Teknik:
demonstrasi

Menstruktur/
Menstruktur
semula
(40 min)

























Magnet akan
menghilang kuasa dan menjadi lemah apabila jatuh, diketuk dan dipanaskan dengan api.
Magnet juga perlu disimpan dengan penyimpan magnet agar kuasanya dapat dikekalkan.
Mengutarakan satu
persoalan utama:
Apakah akan berlaku jika magnet terjatuh, diketuk atau dipanaskan?
Tanya hipotesis, reka bentuk eksperimen dan
pembolehubah terlibat.


Maklum balas
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid
yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil
Murid membuat
hipotesis, beri
cadangan reka
bentuk eksperimen,
menyatakan
pembolehubah.
Murid menjalankan
eksperimen bagi
menjawab
persoalan yang dikemukakan.

Aktviti pemulihan:
Mendengar penerangan guru
dalam kumpulan kecil
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri
dalam kumpulan
Sikap saintifik dan
nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
Aplikasi Idea
(10 min)





Magnet perlu dijaga dengan baik supaya dapat digunakan untuk tempoh masa yang lama...
Tunjukkan magnet yang berkuasa daripada yang hilang kuasanya.


Pelajar memahami kepentingan menjaga magnet .



Strategi:
memberi pandangan.
Sumber
pengajaran: magnet

Refleksi/
Penutup
(5 min)
Peralatan yang bermagnet yang perlu disimpan dengan baik.
.

Taksir kefahaman pelajar dengan meminta mengulangi keputusan hasil eksperimen.
Soalan menyelesai masalah dalam buku latihan.

Pelajar membuat
kesimpulan
pelajaran dengan
menyatakan idea
utama serta
mengaitkannya
dengan idea asal.
Lembaran kerja mukasurat 25

Strategi:
Penyoalan
keseluruhan kelas








8 comments: