RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata pelajaran: Sains

Kelas: Tahun 3A

Tarikh: 21 Mac 2012

Masa: 9.15 pagi – 10.15 pagi (60 minit)

Bilangan murid: 18 orang

Bidang pelajaran: Magnet

Objektif pembelajaran: Magnet mempunyai daya tarikan dan tolakan.

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A         Menguasai isi kandungan
      a. Menamakan 6 jenis dan bentuk magnet berlainan.
      b. Menunjuk kutub utara dan kutb selatan pada magnet
            c  Menunjuk magnet menarik atau menolak jika diletakkan berhampiran.
B         Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
      a. mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk
      menentukan tindak balas magnet apabila diletakkan berhampiran sesama.

C         Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
      a. melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan
      prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan
      b. menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa
      menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Magnet akan
a. menarik apabila bertemu dengan kutub yang lain.
b. menolak apabila bertemu dengan kutub yang sama.

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Pelbagai jenis magnet - magnet berbentuk U,magnet palang, magnet kasutkuda, magnet silinder,
   magnet cincin dan magnet butang.
   MyCD (Teacher’s courseware)

Langkah berjaga-jaga:
Elakkan magnet daripada  jatuh.

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah melihat dan bermain dengan magnet .


Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Magnet boleh menarik pada pintu peti sejuk.

Buat kaitan dengan
pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal Cungkil idea murid tentang keajaiban magnet menarik pada pintu peti ais.
Murid memberi
Respon
Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh
Kelas

Menstruktur/
Menstruktur
semula
(40 min)
Magnet boleh menarik atau menolak sesama sendiri.        Kutub utara-utara / selatan-selatan menolak.
Kutub utara-selatan menarik.

Mengutarakan satu
persoalan utama:
Apakah akan berlaku jika magnet diletakkan bersama atau berhampiran ?
Tanya hipotesis, reka bentuk eksperimen dan
pembolehubah terlibat.


Maklum balas
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid
yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil
Murid membuat
hipotesis, beri
cadangan reka
bentuk eksperimen,
menyatakan
pembolehubah.
Murid menjalankan
eksperimen bagi
menjawab
persoalan yang dikemukakan.

Aktviti pemulihan:
Mendengar penerangan guru
dalam kumpulan kecil
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri
dalam kumpulan
Sikap saintifik dan
nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
Aplikasi Idea
(10 min)








Magnet boleh didapati dalam peralatan kehidupan harian



Tunjukkan gambar peralatan yang ada menggunakan magnet. MyCD (Teacher’s courseware)



Pelajar mengenalpasti kehadiran magnet dalam peralatan yang ditunjukkan.


Strategi:
Perbincangan
Kumpulan, member pandangan.
Sumber
pengajaran: MyCD (Teacher’s courseware)
Refleksi/
Penutup
(5 min)
Magnet boleh menarik atau menolak sesama sendiri.        Kutub utara-utara / selatan-selatan menolak.
Kutub utara-selatan menarik
Taksir kefahaman pelajar dengan meminta mengulangi keputusan hasil eksperimen.
Soalan menyelesai masalah dalam buku latihan.
Pelajar membuat
kesimpulan
pelajaran dengan
menyatakan idea
utama serta
mengaitkannya
dengan idea asal.
Lembaran kerja mukasurat 24
Strategi:
Penyoalan
keseluruhan kelas

No comments:

Post a Comment